Sunday, 15 January 2012

PROGRAM : Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Alhamdulillah, hari ini 15 Januari 2012 telah berlansungnya Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (Fasa Pertama) yang julung kalinya diadakan telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi dengan proses pendaftaran penerima bantuan. Program ini berlangsung di Dewan Gerakan Masyarakat PERDA Sungai Acheh.

Turut hadir meriahkan majlis pagi ini adalah dengan kehadiran Dato' Zainal Abidin Bin Hj Osman, selaku Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Nibong Tebal, Dato' Mahmud Bin Haji Zakaria, ADUN Sungai Acheh, Haji Rashidi Bin Zinol (Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal), Cik Sopiah Bt Shariff (Ketua Wanita UMNO Nibong Tebal), dan Pn Jamilah Bt Awang (Ketua Pergerakan Puteri UMNO Nibong Tebal).

Seawal jam7.30 pagi kelihatan penerima bantuan BR1M ini sudah menunggu giliran untuk pendaftaran. Dianggarkan seramai 1352 orang menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama. Bagi yang kurang upaya, keutamaan diberi oleh para petugas bagi proses pendaftaran. Proses pendaftaran kali ini dibantu oleh petugas-petugas dari Puteri UMNO, KEMAS, PEMUDA, dan WANITA UMNO kawasan. Semangat sebegini dapat dilihat kerana mereka saling bantu membantu dan saling berinteraksi dengan penerima bantuan bagi memudahkan dan melancarkan proses pendaftaran sehinggalah proses penerimaan wang tunai RM500 oleh penerima bantuan.

Dalam proses penyerahan bantuan BR1M ini, bahagian penerimaan bantuan dikawal oleh Pasukan Polis kerana dianggarkan lebih separuh juta ringgit wang tunai dibawa untuk program ini. Bank Simpanan Nasional Nibong Tebal ditugaskan dalam pemberian wang RM500 ini kepada penerima bantuan.



















Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini dirasmikan oleh Yg. Berbahagia Dato' Zainal Abidin bin Haji Osman dengan menyarankan bahawa bantuan ini adalah bagi mereka yang layak dan diharapkan ianya menjadi suatu pencetus rasa kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mengotakan janjinya kepada rakyat, sesuai dengan motto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".


Dalam Sidang Media yang diadakan di luar pejabat Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh, Yang Berbahagia Dato' Zainal Abidin bin Haji Osman berkata :




“Pada hari ini, secara keseluruhannya saya rasa ini adalah satu kegembiraan kepada pemimpin tempatan,kerana sumbangan ini menyeluruh kepada semua yang layak. Jika dalam kawasan ini ada 5 ribu orang yang layak, bermakna 5 ribu orang yang akan dapat, tak ada pengecualian kalau pendapatannya di bawah 3000 dan warganegara, dapatlah bantuan ini.”

Beliau menegaskan bahawa:


“Sebelum ini kita menanggung rasa terkilan, kadang-kadang yang kita nak bagi itu semua, tetapi peruntukan kita sikit, tapi kali ini Alhamdulillah, semua dapat. Ini merupakan satu kelegaan kerana kita dapat menyentuh rakyat dan dapat bagi mereka sumbangan yang kita yakin dapat meringankan sedikit perbelanjaan mereka. Rakyat keseluruhannya berterima kasih kepada kerajaan barisan nasional”


Beliau berkata,

“Saya kira ini sebagai gathering/perjumpaan, kerana banyak muka yang jarang kita lihat, ada di sini. Kerana mereka ini bukan aktif dalam masyarakat, mereka kerja, pagi kerja malam baru balik, tapi hari ini mereka datang duduk dan ambil tahu dan saya suka sebab mereka bersama-sama dalam masyarakat.”

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia keseluruhan melibatkan seramai 44 ribu penerima bagi negeri Pulau Pinang dan seramai 3124 penerima bagi kawasan Nibong Tebal.

Kebanyakkan penerima amat berterima kasih kepada kerajaan pusat khususnya kerajaan barisan nasional di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di atas pemberian ini dan mengangap ianya keprihatinan pemimpin dan kerajaan kepada masyarakat.



















Dengan kehadiran hampir 2000 orang mewakili penerima dan waris, suasana di dalam program ini menjadi lebih meriah apabila pengumuman dari Dato' Zainal Abidin bahawa jentera barisan nasional akan turun padang bersama-sama bagi mengenalpasti individu yang berkelayakkan tetapi masih belum mengisi borang untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini.






Yang Berbahagia Dato' Zainal Abidin bersama Dato' Mahmud tidak melepaskan peluang bersama-sama penerima bantuan di dalam bilik penyerahan wang bantuan untuk menyerahkan bantuan kepada setiap penerima bantuan.



Saturday, 14 January 2012

AKTIVITI : PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA

Baru-baru ini, Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh bersama JKKKP Sungai Setar dan KRT Sungai Setar telah bersama-sama menganjurkan PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA yang dilansungkan pada 01 Januari 2012 berikutan selang beberapa hari akan bermula sesi persekolahn bagi tahun ini. Program yang sering dilakukan seperti ini mampu untuk mendekatkan pemimpin setempat dengan rakyat setempat, justeru, diharapkan program sebegini dapat dilaksanakan untuk masa hadapan.

PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA ini mendapat galakan dengan penyertaan komuniti setempat sehingga mencecah lebih kurang 150 peserta terdiri daripada kanak-kanak sekolah sehinggalah orang dewasa. Di dalam program ini, Dato' Mahmud Bin Zakaria tidak melepaskan peluang dengan mengendalikan mesin gunting rambut untuk menggunting rambut kanak-kanak yang terlibat, memperlihatkan pemimpin kita sekarang lebih terbuka dan 'sporting'. Dato Mahmud juga berkesempatan menggunting rambutnya bagi memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

Keakraban dan keprihatinan pemimpin memperlihatkan sememangnya kita merealisasikan TRANSFORMASI NEGARA dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pengerusi JKKKP Sungai Setar, En Rashid Bin Shuib mengiringi Dato' Mahmud di dalam majlis tersebut.